top of page

'Inisiatif penghargaan untuk rakyat, bukti kerajaan berjiwa rakyat'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 23
  • 2 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Wanita KEADILAN Pusat menyambut baik pengumuman inisiatif “Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia” oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti kejayaan pentadbiran kerajaan perpaduan yang berintegriti, berkompetensi dan berjiwa rakyat.


Sayap wanita parti itu menyifatkan langkah tersebut sebagai manifestasi kejayaan sebuah kerajaan yang berjaya mentadbir negara secara telus dan amanah sehingga membolehkan hasil negara dikembalikan semula kepada rakyat.


"Pengumuman hari ini mengesahkan bahawa Kerajaan Perpaduan kekal fokus menunaikan mandat rakyat, khususnya dalam memperkukuh ekonomi negara," kata Wanita KEADILAN dalam kenyataan.


Anwar yang juga Menteri Kewangan hari ini membuat pengumuman mengenai pembayaran skim SARA sebanyak RM100 kepada setiap rakyat berumur 18 tahun ke atas secara "one off".


Selain itu beliau juga mengumumkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, penurunan sebanyak 6 sen mulai September selain tiada kenaikan tol pada tahun depan.


Wanita KEADILAN berkata, ekonomi semasa negara berada pada landasan kukuh dengan pertumbuhan 4.5 peratus, lonjakan kedudukan Malaysia dalam Indeks Daya Saing Dunia, pelaburan asing yang tinggi serta penurunan kadar pengangguran dan peningkatan pendapatan rakyat memberi gambaran pentadbiran PM Anwar dalam keadaan terbaik.


Kata kenyataan itu lagi, inisiatif yang dianggap hasil langsung daripada pengukuhan ekonomi itu ialah sumbangan tunai RM100 di bawah program SARA sempena Hari Kemerdekaan serta pengekalan kadar tol dan penurunan harga petrol kepada RM1.99 seliter.


Bagi Wanita KEADILAN, meskipun pengumuman itu mungkin belum memenuhi sepenuhnya harapan semua pihak namun ianya satu petanda positif bahawa negara mempunyai potensi besar untuk terus maju dengan syarat kepimpinan berpasukan yang bijaksana, telus dan berwibawa dapat dikekalkan.


"Pencapaian ini juga tidak akan dapat direalisasikan tanpa amalan tadbir urus dan tatakelola yang baik di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang komited melawan rasuah dan salah guna kuasa," menurut kenyataan itu lagi.


Wanita KEADILAN turut merakamkan penghargaan kepada Anwar atas kejayaan membawa negara ke ambang perubahan besar sejak 2023 melalui penerapan kerangka Ekonomi MADANI.


"Wanita KEADILAN akan terus memperjuangkan keadilan untuk semua serta menyokong pelaksanaan Malaysia MADANI agar mandat rakyat dapat dilaksanakan demi Malaysia yang lebih adil, makmur dan bermaruah," kata kenyataan itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page