top of page

Inisiatif penanaman bawang pada skala besar dilaksana



Kerajaan melaksana inisiatif penanaman bawang pada skala lebih besar untuk memperkasakan industri bawang dalam negara


Ketua Pengarah Pertanian (DoA) Datuk Nor Sam Alwi melalui satu kenyataan berkata, langkah itu dilaksana melalui usaha sama strategik kerajaan negeri serta usahawan berpotensi menerusi dua fasa iaitu upskilling atau latihan semula dan pengukuhan.


"Projek upskilling tanaman bawang telah dijalankan pada 24 Jan lepas di kawasan seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak.


"Melalui pemerhatian projek ini, peluasan kawasan baharu akan dilakukan di seluruh negara dan penyampaian teknologi penanaman ini akan dilaksanakan oleh DoA," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu tambah Nor Sam, Pada 2022, Malaysia mengimport dua jenis bawang iaitu bawang besar dan bawang kecil adalah 685,400 tan metrik (mt) dengan nilai sebanyak RM1.58 bilion.


Krisis bekalan bawang pada 2020 akibat bencana banjir besar di India telah mengakibatkan kenaikan harga jualan bawang di pasaran sebanyak tiga kali ganda.


Baru-baru ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kementeriannya mahu memberi fokus mengukuhkan industri bawang.

Dalam memenuhi matlamat pengurangan import bawang sebanyak 30 peratus, Mohamad berkata KPKM menyasarkan seluas 1,447 hektar kawasan penanaman setahun.


Sementara itu tambah Nor Sam, Jabatan Pertanian bersama agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan agronomi tanaman termasuk pembajaan, sistem pengairan, kawalan penyakit dan perosak serta kesesuaian mekanisasi ladang.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page