top of page

Inisiatif Payung Rahmah ke hotel 4 bintang



Inisiatif Payung Rahmah berkembang luas ke sektor perkhidmatan pula dengan memperkenalkan pakej harga berpatutan untuk penginapan di hotel 4 bintang, di Kuala Lumpur.


Pengenalan pakej itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.


Katanya promosi tersebut melibatkan pakej Penginapan dan Iftar iaitu pakej Penginapan Dua Hari Satu Malam di Bilik Standard, Termasuk Sahur dan Iftar untuk dua orang dengan nilai RM250 sahaja.


"Di bawah Pakej Rahmah bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur, harga bagi setiap pengunjung yang ingin menikmati ruangan bilik yang lebih luas iaitu di lain kategori pilihan di hotel seperti Bilik Deluxe, Bilik Junior Suite, Bilik Executive Suite ataupun kategori pilihan di Residence seperti Satu, Dua atau Tiga Bedroom Residence, cas tambahan sebanyak RM50 sahaja akan di kenakan bagi setiap permintaan untuk kenaikan taraf bagi kategori pilihan.


"Hotel ini juga mengetengahkan menu hidangan makanan masakan tradisi Melayu dengan harga mampu bayar dan sajian yang membuka selera. Lebih daripada 45 jenis pilihan hidangan bakal disajikan kepada para pengunjung yang membeli Pakej Rahmah Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan.


Menurut Salahuddin lagi, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur merupakan hotel pertama di Malaysia yang melancarkan pakej Rahmah di bawah gabungan pakej perkhidmatan dan iftar.


"KPDN melihat inisiatif ini salah satu tawaran yang sangat berbaloi untuk dinikmati oleh setiap lapisan golongan masyarakat bukan sahaja tertumpu pada golongan B40.


"Seterusnya KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.


"Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh industri sektor perkhidmatan khususnya hospitaliti di negara ini untuk menggalakan rakyat Malaysia berbelanja dengan berpatutan menjelang musim perayaan yang bakal menjelang," katanya.


Ahli parlimen Pulai itu turut berharap dengan pakej tersebut pengguna akan dapat merasai menginap di hotel bertaraf 4 bintang dan menikmati menu iftar dengan harga yang berpatutan, di samping mengeratkan tali silaturahim di bulan Ramadan yang mulia.

0 comments

Komentáře


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page