top of page

Inisiatif Parlimen dekati belia di persidangan CSPOC - Dr Johari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Dr Johari berucap di Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) ke-28
Dr Johari berucap di Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) ke-28

Oleh: Azuan Ab Rahman


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul berkongsi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan Parlimen Malaysia dalam usaha mendekatkan rakyat, khususnya golongan belia dengan institusi Parlimen.


Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Johari memaklumkan perkara itu dibentangkan sempena Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) ke-28 yang berlangsung di New Delhi pada Jumaat.


Menurut beliau, pembentangan tersebut disampaikan dalam sebuah bengkel bertajuk “Innovative Strategies to Enhance Public Understanding of Parliament and Citizen Participation Beyond Voting”.


"Sewaktu pembentangan, saya menerangkan bahawa Parlimen berperanan sebagai sebuah sekolah demokrasi, iaitu medan untuk masyarakat memahami secara langsung bagaimana mekanisme semak dan imbang berfungsi serta bagaimana perbahasan dasar dijalankan mengikut peraturan mesyuarat," katanya.


Beliau menjelaskan, dalam konteks Malaysia, pemerkasaan belia semakin penting sejak pelaksanaan Undi18, memandangkan ramai pengundi muda masih belum terdedah kepada fungsi Parlimen secara praktikal.


"Jurang ini perlu ditangani melalui pendekatan yang strategik, terangkum dan berterusan," jelasnya.


Sehubungan itu, Dr Johari menegaskan Parlimen perlu berfungsi sebagai agen sosialisasi politik yang hidup dan relevan, bukan sekadar sebuah institusi formal.


"Apabila institusi Parlimen terbuka dan relevan kepada belia, mereka akan lebih cenderung untuk terlibat secara aktif dalam proses demokrasi," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page