top of page

Inisiatif Menu Rahmah tidak bermusim - KPDN



Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini telah menarik perhatian ramai berikutan sambutan luar jangka daripada pengguna dan peniaga.


Menteri KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan memastikan inisiatif bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat itu berterusan dan tidak hanya hangat pada waktu kempen semata-mata.


Bagi memastikan perkara itu, Salahuddin berkata sinergi atau kolaborasi daripada pelbagai pihak diperlukan termasuk dengan memperluas kerjasama antara pembekal bahan mentah dan pengusaha kedai makan serta restoran.


"Saya akur dan ia memerlukan satu sinergi sebab KPDN tidak boleh bekerja sendirian bagi menjayakannya (Menu Rahmah). Saya akan lakukan libat urus antara pihak industri makanan, pembekal bahan mentah dan kedai makan serta restoran.


"Kita juga akan libatkan syarikat makanan segera bagi memastikan menu ini bertahan lama dan bukannya ‘one off’ atau untuk sehari dua sahaja,” katanya selepas merasmikan Menu Rahmah di Restoran Wachaa Parit Raja, Johor pada Khamis.


Salahuddin sebelumnya mengulas saranan seorang penganalisis ekonomi daripada Putra Business School, berkata inisiatif itu memerlukan sinergi antara kerajaan, peniaga makanan dan pembekal bahan mentah.


Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berpandangan penglibatan syarikat besar dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam inisiatif itu dapat membantu kelangsungan program.


Sebagai rekod, pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah sejak hujung bulan lepas tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan.


Menurut Salahuddin, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.


Tinjauan sentimen yang dilakukan Bernama pada 2 dan 3 Feb lalu mendapati kira-kira 56 peratus menyambut baik komitmen kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam menjaga kebajikan rakyat, terutama B40, dengan menawarkan hidangan berkhasiat tengahari dan malam pada harga RM5 sepinggan.


Menu Rahmah juga bakal diperluas ke rangkaian makanan segera dan hasil rundingan akhir dijangka akan diumumkan minggu depan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page