top of page

Inisiatif belia membuahkan hasil - Persatuan belia



Inisiatif Belanjawan 2023 untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi jaminan kerja kepada belia negara ini disifatkan telah membuahkan hasil.


Pandangan itu dinyatakan Pengerusi Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Perak, Naim Al-Amin Saharudin susulan berlaku penurunan secara beransur kadar pengangguran golongan itu.


Tambahnya lagi, beberapa inisiatif seperti program caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah memberi manfaat kepada pekerja gig, yang majoritinya anak muda, malah geran pendigitalan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memberi manfaat besar kepada usahawan muda.


"Bajet itu menyentuh beberapa aspek penting untuk belia, seperti mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran, latihan dan program pembiayaan usahawan.


"Malah, terdapat beberapa inisiatif yang berjaya membantu golongan sasar. Kita dapat melihat kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan penurunan memberangsangkan hasil inisiatif Belanjawan 2023," katanya dipetik FMT

Pandangan serupa dinyatakan sebuah NGO - Arkitek Kepelbagaian yang banyak menjalinkan bekerjasama dengan pelajar sekolah menengah


Pengurus Komunikasinya, Neila Maryam Neil Bakry Marsoh berkata belanjawan Putrajaya mengutamakan golongan belia, yang prihatin terhadap pengangguran dan jaminan pekerjaan selain membantu belia memulakan perniagaan dan menjadikan syarikat berdaya tahan, seterusnya membolehkan mereka berkembang maju sebagai usahawan.


"Penangguhan dan diskaun pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga meringankan beban belia apabila mereka membina masa depan dan kerjaya mereka sendiri," katanya.


Ahli ekonomi dari Monash University Malaysia, Niaz Asadullah pula berkata Belanjawan 2023 disifatkan sebagai “mesra belia”, dengan insentif kewangan, program peningkatan kemahiran dan peruntukan baharu melindungi belia daripada kos sara hidup tinggi, selain mempromosikan kebolehpasaran mereka.


0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page