top of page

'Ini peluang kita mahu Anwar jadi PM' - Anifah Aman



Sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) di Sabah meningkat ketara dengan munculnya tokoh besar politik negeri itu, Datuk Seri Anifah Aman membantu kempen KEADILAN dan PH kali ini.


Dalam ceramah di parlimen Putatan semalam, Anifah menyatakan sokongan dan mengajak rakyat agar mengundi PH untuk memastikan negara dapat dipulihkan


"Saya datang hari ini semata mata untuk menyokong Datuk Seri Anwar. Parti bagi saya tidak diutamakan tetapi siapa dia pemimpin parti.


"Lihat ini adalah peluang kita terakhir mahu Datuk Seri Anwar sebagai PM. Maka setiap kita harus memberi tanggungjawab. Itu sebab saya tidak tanding kerusi parlimen Kimanis. Sebab saya boleh minta izin pergi ke tempat calon PKR supaya membantu mereka, dan memastikan Datuk Seri Anwar jadi PM," katanya.


Presiden Parti Cinta Sabah itu berkongsi sedikit pengalaman selama 10 tahun menjadi Menteri Luar Malaysia.


Katanya di kebanyakan perbincangan dua hala peringkat antarabangsa, beliau sering ditanyakan 'how is brother Anwar Ibrahim'. Juga tidak kurang yang bertanya 'when will he become PM'.


Oleh itu, Anifah meminta rakyat membanding siapakah calon PM yang ada pada hari ini untuk dibariskan bersama Anwar.


Katanya, Anwar terbukti paling layak dan orang luar negara pun mahu beliau menjadi PM. Bagaimanapun, katanya, dengan syarat rakyat berkerja keras unuk memenangkan PH dalam PRU 15.


"Jangan kita suarakan sahaja, tetapi perlu bekerja sebaik mungkin. Sudahlah kita miskin wang ringgit jangan kita disogok sampai hilang haluan. Kalau tengok Zahid, Ismail Sabri, Tun M, Mahiaddin Yassin saya berani katakan tiada tolok bandingnya dengan Anwar.


"Saya Menteri Luar. Ismail Sabri ini dengan saya hampir 10 tahun dalam kabinet tetapi tidak pernah terlintas di hati dia akan jadi PM.


"Saya tanya diri saya, inikah manusia saya mahu dia jadi PM untuk masa hadapan kita.


"Dia mahu bercakap di PBB bahasa Melayu. Bukan kita tidak bangga bahasa kita. Tetapi tengok tempatnya. Indonesia dengan 240 juta penduduk pun cakap bahasa Inggeris. Tetapi dia (Ismail) bukan mahu promosi bahasa kita, dia tidak pandai bahasa Inggeris," katanya.


Anifah juga menegaskan bahawa hanya Anwar yang tidak akan khianat pada janji untuk menyempurnakan Perjanjian Malaysia (MA 63). Beliau merayu sekiranya Anwar menjadi PM maka sempurnakanlah MA 63 dan mohon dilantik Menteri Luar Bandar daripada kalangan wakil Sabah.


"Dari PM Mahathir dia janji. Dari Mahiaddin dia janji. Ismail Sabri janji kita. Kita ini selalu ditipu. Mahu lagi percaya kepada mereka ini?


"Datuk Seri Anwar, MA63 tolong laksanakan, kami negeri Sabah ini negeri kaya minyak, gas, balak, sawit kenapa negeri kita jadi negeri termiskin," katanya lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page