top of page

Inflasi makanan tertinggi sejak 2011, kerajaan tidak mampu buat apa apa?



Kerajaan BN - PN seolah olah hilang kawalan terhadap kenaikan inflasi makanan di negara ini apabila angka terkini indeks dilaporkan mencapai tahap tertinggi sejak 2011.


Ketua Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Sabu berkata, peranan kerajaan dalam hal inflasi adalah mengimbangi antara kenaikan harga yang dicetuskan oleh pasaran dengan melakukan mekanisme pemberian subsidi bagi menstabilkan keadaan.


"Inflasi makanan ketika ini terus mencatatkan peningkatan ke paras 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011


"Subsidi dan harga siling adalah mekanisme perlindungan yang sepatutnya dilaksanakan oleh mana mana kerajaan di dunia untuk menjaga kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat


"Kerajaan mesti ada keberanian dan kesungguhan untuk memastikan kedua dua mekanisma ini dapat dilaksanakan secara berkesan, dan bukannya bertindak flip flop sepertimana yang berlaku pada hari ini," katanya.


Kenyataan Aiman Athira itu menyusul setelah petunjuk terbaharu mendapati 93 peratus item makanan merekodkan kenaikan; 29.4 peratus meningkat dalam julat kurang daripada lima peratus; 37.7 peratus meningkat antara 5 hingga 10 peratus dan 32.9 peratus meningkat lebih daripada 10 peratus.


Menurut Ketua Wanita Amanah itu, andainya kerajaan tidak bertindak segera maka harga akan naik bertambah tinggi dan rakyat yang akan menanggung beban serta kesempitan hidup.


"Kerajaan sewajarnya punya kawalan yang kemas terhadap industri, bukan sebaliknya menjadikan rakyat sebagai mangsa akibat kegagalan dan kelemahan urustadbir kementerian dan agensi agensi yang dipertanggungjawabkan.


"Bersama kita menegur dan lawan kegagalan kerajaan," katanya lagi.


Kenaikan indeks inflasi makanan dijangka akan memicu kenaikan keseluruhan indeks inflasi apabila semakin banyak barangan tidak lagi dikawal harga oleh kerajaan pusat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page