top of page

Industri pusat data guna banyak tenaga, perlu dasar peralihan tenaga baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 3 min read


Pusat data yang merupakan 'otak' industri masa depan negara memerlukan sejumlah besar tenaga elektrik untuk mengoperasikannya.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, untuk Malaysia menjadi hab ekonomi digital serantau simpanan tenaga yang dimiliki negara pada ketika ini belum mencukupi untuk kegunaan besar pusat data pada waktu akan datang.


Biarpun kemasukan pelaburan pusat data adalah baik kepada asas industri berteknologi tinggi seperti AI, pengkomputeran awan dan fintech, katanya, pusat data menggunakan tenaga elektrik pada skala besar dan setara dengan sebuah bandar bersaiz sederhana.


"Dengan semakin banyak gergasi teknologi antarabangsa memilih untuk membina kampus pusat data di Malaysia, tekanan terhadap sistem elektrik kita akan meningkat lebih pantas berbanding mana-mana fasa pembangunan industri sebelum ini.


"Jika kita tidak mengukuhkan asas tenaga secara serentak, kita mungkin berhadapan dengan masalah "kekurangan bekalan elektrik" dalam masa beberapa tahun sahaja.


"Berdasarkan kajian dan perbincangan saya baru-baru ini dengan pihak berkaitan dalam sektor tenaga, walaupun data tahun lalu menunjukkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai margin simpanan sebanyak 42% yang mampu menampung beban tambahan buat masa ini, kita tidak boleh berpuas hati dengan keadaan "tiada masalah pada masa kini"," ujarnya.

 Andre Lai Chen Heng
 Andre Lai Chen Heng

Meskipun, kata Andre Lai, tenaga solar menjadi tumpuan utama dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui namun ianya bukanlah penawar ajaib untuk menjana pusat data yang memerlukan banyak tenaga.


Kata beliau, purata waktu cahaya matahari efektif di Malaysia hanyalah lima jam sehari. Walaupun negara mempunyai ladang fotovoltaik berskala besar, tetap wujud isu berkaitan keperluan tanah yang luas dan berhadapan dengan batasan penyimpanan tenaga serta penghantaran. Untuk membekalkan tenaga 24 jam kepada pusat data, bergantung semata-mata pada tenaga solar adalah tidak mencukupi.


Sehubungan itu, Andre Lai mencadangkan agar kerajaan mengkaji keperluan penjanaan tenaga elektrik berkuasa nuklear sebagai solusi masa hadapan.


"Tenaga nuklear, terutamanya reaktor modular kecil generasi baharu (SMRs), dalam konteks teknologi semasa, merupakan pilihan tenaga rendah karbon berketumpatan tinggi yang paling boleh dilaksanakan dan boleh ditingkatkan skalanya.


"Ia menyediakan bekalan elektrik yang stabil tanpa terjejas oleh cuaca; pelepasan karbonnya hampir sifar, membantu Malaysia memenuhi komitmen pengurangan karbon antarabangsa; dan yang lebih penting, ketumpatan tenaganya mampu memenuhi permintaan besar pusat data pada masa depan.


"Saya memahami bahawa isu tenaga nuklear masih dianggap sensitif di negara kita. Namun, kita tidak boleh terus menyimpan topik ini di rak selamanya.


"Vietnam, Filipina, Korea Selatan dan Jepun sama ada telah atau sedang bersedia untuk menyambung semula dasar tenaga nuklear mereka. China dan Amerika Syarikat juga telah memasukkan SMR ke dalam strategi tenaga negara.


"Syarikat teknologi gergasi antarabangsa seperti Microsoft, Google dan Amazon juga mula melabur dalam teknologi SMR kerana mereka telah menjangka hubungan antara "kuasa pengiraan dan tenaga"," jelasnya.


Oleh itu, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah "Jawatankuasa Peralihan Tenaga Nuklear Negara" yang merentasi kementerian untuk menilai secara menyeluruh potensi, batasan serta laluan pembangunan tenaga nuklear dalam peta tenaga negara.


Katanya, tenaga nuklear bukan sekadar isu bekalan elektrik, ia juga melibatkan ekonomi, pelaburan, alam sekitar, malah kedaulatan negara.


"Jika pada masa depan kita kehilangan minat pelabur teknologi tinggi kerana kekurangan tenaga, itu akan menjadi harga yang terlalu mahal untuk kita bayar.


"Saya merupakan pengamal IT profesional. Dari umur muda, saya bercimpung dalam dunia teknologi pelayan (server). Dunia IT yang berkembang pesat hari ini, merupakan idaman 20 tahun yang lalu.


"Kita membina lebuh raya untuk ekonomi digital, tetapi lebuh raya ini memerlukan enjin tenaga yang stabil dan tidak padam. Sekarang, tiba masanya untuk kita memikirkan bagaimana menghidupkan enjin ini," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page