top of page

Industri pembinaan sambut baik Skim Simen Rahmah



Langkah kerajaan menurunkan harga simen bagi pembinaan rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah disambut baik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA).


Presidennya, Datuk NK Tong dipetik berkata usaha itu adalah langkah positif yang amat dialu-alukan sekaligus dapat membantu individu yang mahu memiliki rumah.


Untuk mencapai tujuan itu jelasnya, REHDA akan bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan rakyat dapat manfaat daripada pengumuman berkenaan.


"Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang responsif, dihormati, bertanggungjawab dan relevan, REHDA akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan semua penjimatan yang diperoleh daripada penurunan harga simen akan disalurkan kepada rakyat," katanya dipetik.


Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif tersebut.


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, langkah berkenaan akan memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40 kerana ia boleh mengurangkan maksimum sehingga RM5,000 kos untuk setiap rumah bergantung kepada jenis dan harganya.


Susulan dengan pengumuman tersebut, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) menawarkan sejuta tan simen pukal pada harga RM290 setan di bawah inisiatif Skim Simen Rahmah untuk pemaju perumahan swasta membina unit mampu milik berbanding harga pasaran iaitu RM410 setan.


Kor Ming berkata, nilai satu juta tan simen akan ditukar kepada 20 juta beg simen standard 50 kilogram, mencukupi untuk pembinaan 24,000 unit rumah mampu milik.


Ia akan dibekalkan secara berperingkat kepada pemaju perumahan swasta yang membina unit mampu milik untuk tempoh maksimum empat tahun sehingga 30 Jun 2028.


Langkah kerajaan itu turut disambut baik Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM).


Oliver HC Wee dipetik laporan sama berkata persatuan itu mengalu-alukan kerjasama kerajaan dan C&CA dalam menawarkan harga simen pada kadar yang berpatutan.


"Bagaimanapun, memandangkan tawaran itu memberi manfaat khusus kepada kumpulan berpendapatan B40 dan M40, ia tidak akan menjejaskan industri pembinaan secara amnya," kata beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page