top of page

Industri filem tempatan diperkasa melalui Dana Kandungan Digital

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 1, 2023
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited untuk meningkatkan keupayaan filem tempatan melalui inisiatif Dana Kandungan Digital (DKD) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).


Menterinya, Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) berkata inisiatif itu antara lain mengalakkan penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berpotensi tinggi untuk pasaran tempatan serta antarabangsa.


Antaranya, kata beliau melibatkan filem Tiger Stripers yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.


"Pelbagai kejayaan dan pengiktirafan telah diperoleh seperti Tiger Stripers yang memenangi Anugerah Grand Prix Festivel Filem Cannes di Perancis.


"Selain itu, DKD turut melahirkan filem tempatan yang bernilai lebih RM115 juta seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Air Force: Selagi Masih Bernyawa serta Coast Guard Malaysia: Ops Helang," katanya ketika ucapan pengulungan di Dewan Rakyat, hari ini.


Mengulas lanjut, bagi mengalakkan perkembangan industri hiburan tempatan, Fahmi menyarankan semua negeri membuat langkah mengurangkan duti hiburan bagi memperkasakan filem tempatan.


"Namun, perkara ini tertakluk dalam Akta Duti Hiburan 1953 di Kementerian Kewangan.


"Oleh itu, pengecualian duti hiburan (hanya dapat) diputuskan oleh kerajaan-kerajaan negeri sahaja," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page