top of page

Individu ancam bunuh PM menangis dijatuhkan hukuman penjara



Seorang pemandu lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana membuat hantaran mengancam bunuh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, tahun lepas.


Tertuduh, Faizal Mohamad, 35, ketika pertuduhan dibacakan mengaku bersalah terhadap perbuatan membuat dan memulakan penghantaran menggunakan perkhidmatan komunikasi yang mengancam sifatnya dengan niat menyakitkan orang lain.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam menangis dan memohon supaya mendapat hukuman lebih ringan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, N Priscilla Hemamalini.


Tertuduh yang merupakan pemilik akaun TikTok @jaiadani89 muat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik.

Dia menulis di laman tiktok miliknya iaitu; “hari ini aku nk transfer RM5 juta kat sape2 yg nak..tapi kena buat kerja sikit la..tembak mati pmx dan menteri2 b****** Dan geng2 dap l*******..”.

Faizal Mohamad didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.


Sesyen ini memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page