Indeks Rasuah merudum: Jika SPRM mahu baiki, selesaikan kes Azam Baki - AMK



Skor dan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 yang dikeluarkan Transparency International-Malaysia (TI-M) baru baru ini mengejutkan rakyat.


Berdasarkan indeks itu, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke 57 pada 2020.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, hal itu jelas menunjukkan sejak kerajaan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional merampas tampuk pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2020 yang lalu, amalan rasuah dan salahguna kuasa telah kembali berleluasa.


"Hari ini rakyat mempersoalkan tindakan yang akan diambil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani kemerosotan itu dan seterusnya memastikan institusi SPRM benar-benar berperanan membenteras rasuah serta menjamin nilai-nilai integriti dalam keseluruhan sistem pentadbiran di Malaysia.


"Saya berpandangan kurangnya tindakan dalam mereformasikan SPRM menjadi institusi antirasuah yang benar-benar bebas dan berada di bawah tanggungjawab Parlimen seperti yang dicadangkan pada tahun 2015, turut menjadi salah satu faktor kepada kemerosotan kedudukan CPI berkenaan," katanya.


Tegas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, seperti yang telah digesa berulang kali sebelum ini oleh pelbagai pihak, SPRM perlu bertindak sebagai sebuah badan yang bebas dan diletakkan di bawah pemantauan Parlimen bagi menjamin semak dan imbang dalam institusi berkenaan. Juga penting bagi mengelakkan campur tangan pihak berkepentingan terutamanya dalam kes berprofil tinggi.


Oleh itu, katanya, kenyataan SPRM untuk mengambil perhatian serius berkenaan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 perlu dibuktikan melalui proses siasatan yang telus melibatkan Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya itu terlebih dahulu.


"Jika SPRM serius berkenaan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 perlu dibuktikan melalui proses siasatan yang telus melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang terpalit dengan krisis moral dan integriti.


"Saya percaya ini merupakan langkah permulaan yang wajar diambil oleh pihak kerajaan dan SPRM bagi membersihkan nama institusi berkenaan serta nama baik negara Malaysia di peringkat antarabangsa.


"Tindakan SPRM yang menutup mata dan telinga terhadap kontroversi Azam Baki hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi berkenaan," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER