top of page

Indeks persepsi rasuah Malaysia boleh diperbaiki - PM



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Indeks persepsi rasuah (CPI) untuk tahun hadapan boleh ditambah baik.


Ketika diminta mengulas laporan dikeluarkan Transparency International (TI) berhubung kemerosotan skor CP1 Malaysia bagi tahun 2022, Anwar berkata, usaha memperbaiki kedudukan itu boleh dicapai dengan tindakan keras dan sikap tidak ada tolak ansur kerajaan terhadap jenayah rasuah.


"Sebab itu kita ambil tindakan tegas, sekarang mesej kita begitu jelas, saya percaya bagi tahun depan, ia akan ada perbezaan besar.


"Tak pasti (sasaran), pokoknya ada masalah besar dalam negara kita atas sampai ke bawah, kita mesti tegas dan tidak bertolak ansur.


"Pastinya (angka CPI bertambah baik) jika ada tindakan keras, kerajaan ini baharu lagi, Insya-Allah kita boleh,” katanya dipetik


Presiden Transparency International Malaysia, Muhammmad Mohan kelmarin mendedahkan CPI negara terus merosot kepada 47 mata dalam kalangan 180 negara lain.

Skor negara jatuh enam mata berbanding pada 2019 di mana Malaysia berada di tangga ke 53 pada tahun lepas.


Mengambil kira penurunan mata terbaharu, Malaysia berada di belakang Arab Saudi, Namibia dan Mauritius. Singapura satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara berjaya berada di ranking 10 teratas di dunia, dengan 83 mata.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page