Indeks Kebebasan Media Dunia: kedudukan Malaysia meningkat
- Suara Keadilan
- May 3
- 1 min read

Kedudukan Malaysia dalam dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 dengan melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-88.
Berdasarkan penilaian terkini badan pemantau antarabangsa, Reporters Without Borders (RSF) itu, Malaysia mencatatkan 56.09 mata tahun ini.
Peningkatan itu menandakan pemulihan berbanding kedudukan ke-107 dengan skor 52.07 pada tahun lalu.
Menurut RSF, antara faktor penyumbang kepada peningkatan ini ialah inisiatif reformasi media yang diperkenalkan kerajaan, termasuk kelulusan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia yang bertujuan menubuhkan sebuah badan bebas bagi memantau amalan kewartawanan dan etika media di negara ini.
Sementara itu dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang Thailand yang berada di tangga ke-85.
Brunei pula berada di tempat ke-97, diikuti Filipina (ke-116), Singapura (ke-123), Indonesia (ke-127), Laos (ke-150), Kemboja (ke-161), Myanmar (ke-169), dan Vietnam (ke-173).
Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan pada indikator utama termasuk persekitaran politik, perlindungan undang-undang, kebebasan editorial, ketelusan, dan keselamatan wartawan.
Comments