top of page

Indeks inovasi meningkat, Malaysia di landasan betul majukan R&D



Kedudukan Malaysia yang meningkat dalam Global Innovation Index 2024 (GII) tahun ini membuktikan negara berada di landasan yang betul ke arah negara berteknologi tinggi.


Menteri Sains, Teknologi, Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, peningkatan dari tangga 36 kepada kedudukan ke-33 menunjukkan negara sedang rancak memajukan inovasi.


Namun katanya, masih banyak yang perlu dilakukan bagi mengekalkan momentum berkenaan serta mencapai sasaran lebih tinggi.


"Salah satu langkah kritikal adalah mempertingkatkan pelaburan dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), terutamanya dalam sektor swasta.


"Ketika ini, Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) Malaysia hanya mencatatkan kadar 1%, jauh di belakang negara-negara maju lain.


"Pelaburan R&D dalam sektor swasta masih rendah, dan kami berharap kerajaan dapat memperkenalkan inisiatif yang merangsang lebih banyak pelaburan daripada pihak swasta.


"Ini adalah elemen penting dalam memastikan inovasi terus berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara," katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain daripada itu, kata Ahli Parlimen Tanjong Malim berkenaan, MOSTI juga komited untuk mempromosikan sains kepada generasi muda, terutama sekali di peringkat sekolah rendah.


Peruntukan, katanya perlu disediakan dalam menyediakan kanak kanak untuk teruja kepada inovasi yang bakal melahirkan generasi pereka-cipta pada masa hadapan.


"Kanak-kanak adalah masa depan kita, dan mereka perlu didedahkan kepada kepentingan sains dan teknologi sejak awal lagi. Dengan memberi inspirasi kepada mereka, kita mampu melahirkan lebih ramai inovator dan saintis yang akan membawa Malaysia lebih jauh dalam bidang ini.


"Kami di MOSTI juga mahu memperkukuhkan ekosistem syarikat pemula (startups) dalam bidang teknologi. Syarikat pemula adalah penggerak utama kepada inovasi dan pertumbuhan ekonomi, dan dengan sokongan yang betul, mereka mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan teknologi negara.


"Bersama-sama, kita boleh membina ekosistem inovasi yang kukuh dan bersedia untuk menghadapi cabaran global," ujarnya.


Sehubungan itu, Lih Kang berharap Belanjawan 2025 yang bakal dibentang pada bulan ini akan menyediakan lebih banyak peruntukan kepada sektor inovasi negara.


"Dalam Belanjawan 2025 yang akan datang, MOSTI berharap agar peruntukan R&D dipertingkatkan. Ini adalah langkah penting bagi mencapai sasaran Malaysia untuk berada dalam kedudukan 30 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global (GII) menjelang 2025," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page