top of page

Import barangan pengguna terlalu tinggi, perkasakan industri pengeluaran makanan - Maria Chin



Kenaikan harga bahan makanan dan pengguna sejak 6 bulan kebelakangan ini amat dirasakan serta menekan kewangan kebanyakan isi rumah di Malaysia.


Kesan inflasi yang tidak terkawal itu berpunca daripada import barang keperluan pengguna dan makanan yang terlalu tinggi.


Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, pada 2022 Jabatan Perangkaan Statistik Malaysia (DOSM) menyatakan nilai import negara telah melepasi paras RM100 bilion buat pertama kali dalam Mac 2022, meningkat 29.9% daripada RM80 bilion pada 2021 dan hal itu katanya, diburukkan lagi dengan kejatuhan nilai matawang ringgit.


"Barang pengguna sahaja mencatatkan peningkatan import sebanyak 22.4% daripada RM7.1 bilion pada 2021 kepada RM8.7 bilion pada 2022.


"Keadaan ini diburukkan dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding kebanyakan matawang utama, sekaligus menyebabkan import lebih mahal," ujar Maria dalam satu kenyataan.


Selain itu, katanya, sumber protein rakyat Malaysia juga telah mengalami kenaikan harga dalam 6 bulan pertama 2022 akibat meningkatnya kos menternak dan berladang berpunca daripada perang Rusia dan Ukraine.


"Sumber protein utama seperti ayam, ikan kembung dan ikan cencaru telah meningkat sebanyak 16%, 18% dan 76% dalam tempoh 3 bulan.


"Sayur sayuran seperti kacang panjang dan kubis bulat pula naik 100%," katanya.


Justeru itu, Maria mencadangkan agar Kerajaan menumpukan usaha untuk memperkasakan sektor pertanian dan penternakan dalam negara yang telah diabaikan sejak 2 dekad lalu.


Katanya, malaysia perlu kembali kepada negara pertanian sebagaimana era 1980an lalu tetapi dengan penggunaan teknologi lebih moden.


"Saya mencadangkan agar pertanian tradisional luar bandar menggunakan sepenuhnya sains dan teknologi yang akan menghasilkan ekosistem dan industri yang lebih mapan


"Dalam pada itu Kementerian Kewangan pula harus memperkasakan petani berskala kecil dengan memberikan mereka insentif cukai dan kredit yang mencukupi untuk menanam di tanah terbiar, memperoleh benih bermutu dan baja untuk penghasilan lebih baik


"Kementerian Belia dan Sukan juga Kementerian Pendidikan pula harus merangka program dan sukatan pelajaran untuk membangunkan penglibatan belia dalam sektor pertanian (terutama yang memiliki tanah keluarga)," katanya.


Maria turut mencadangkan penubuhan satu suruhajaya baharu bagi mengkaji, menangani atau membasmi kemiskinan yang semakin menjadi masalah di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


"Sudah pastinya saya ingin melihat kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Kemiskinan bagi memantau akses dan pengagihan pendapatan dan sumber.


"Ini akan membantu mengurangkan tersebarnya kisah keluarga yang hanya mampu menyara diri beberapa hari dalam seminggu atau terpaksa bergelut untuk memastikan keluarga terus hidup tanpa mengira bangsa dan latar belakang," katanya lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page