top of page

Impak positif program Rakan Muda, penyertaan belia meningkat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 12
  • 2 min read

Dr Taufiq menerangkan peningkatan penyertaan belia dalam prgram Rakan Muda di Dewan Rakyat
Dr Taufiq menerangkan peningkatan penyertaan belia dalam prgram Rakan Muda di Dewan Rakyat

Oleh: Akmal Manaf


Pelaksanaan Program Rakan Muda terus membuktikan impak apabila kadar penyertaan belia tahun 2025 melonjak kepada 41.26% bersamaan 3.96 juta peserta, jauh mengatasi sasaran awal 25% atau 2.41 juta daripada keseluruhan 9.66 juta belia negara.


Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pencapaian itu menunjukkan bahawa tahap program yang meluas dan keberkesanan pelaksanaan Program Rakan Muda dinilai secara lebih menyeluruh melalui gabungan indikator 'output' dan 'outcome'.


Katanya, ia termasuk tahap penglibatan aktif belia, pembangunan kemahiran, pengukuhan nilai sahsiah dan keberhasilan jaringan komuniti.


"Tapi untuk tahun ini saya meminta kementerian untuk tidak hanya menilai angka kuantiti semata-mata dan nilai ukur ini perlu dengan angka kualiti itu sendiri.


"Pengumuman peruntukan sebanyak RM40 juta bagi Rakan Muda iaitu untuk memperkukuhkan 10 gaya hidup Rakan Muda menunjukkan bahawa keyakinan Kerajaan terhadap keberkesanan dan pelaksanaan program ini pada tahun 2025 termasuk pengurusan peruntukkan RM20 juta yang dilaksanakan secara berhemah dan berfokus kepada impak pembangunan belia," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) mengenai pencapaian terkini Rakan Muda 2025, termasuk output dan impak kepada belia hasil peruntukan RM20 juta serta sama ada pendekatan penganjuran akan ditambah baik supaya berteraskan pembinaan sahsiah dan kemahiran, bukan hedonisme.


Dr Mohammed Taufiq berkata, kementeriannya juga telah meningkatkan julat usia penyertaan Rakan Muda bermula tahun ini iaitu daripada 15 hingga sebelum mencapai usia 30 tahun, berbanding hingga 25 tahun sebelum ini.


"Ia bagi memastikan lebih ramai lagi belia mendapat akses kepada program pembangunan sahsiah, kemahiran dan kepimpinan secara inklusif.


"Pelaksanaan Program Rakan Muda juga diperkukuhkan melalui jaringan strategik yang melibatkan 7,594 rakan pelaksana pada tahun 2025.


"Dari segi kecekapan kewangan, kita juga sentiasa memantau melalui saringan jawatankuasa penilaian pemantauan berkala di peringkat kebangsaan dan negeri serta keperluan pelaporan kewangan dan prestasi oleh rakan pelaksana," ujarnya lagi.

1 Comment


hannah1561990
Feb 12

Great to see the positive impact of the youth program. You can also try green screen removal to make your event photos even better.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page