top of page

Impak Covid 19: Kejatuhan industri penerbangan beri kesan domino kepada ekonomi



Kejatuhan industri penerbangan domestik dan antarabangsa dijangka memberi kesan yang negatif kepada ekonomi negara sepanjang tempoh pandemik Covid 19.


Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Shamawar, Datuk Dr Shakir Husin Kalid, kejatuhan sektor berkenaan boleh memberi kesan domino kepada sektor-sektor lain dalam negara, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penerbangan.


"Sektor yang paling terjejas dilihat dalam pelbagai perspektif ialah penerbangan. Saya rasa bila Covid ini bersifat sejagat kekangan yang ada ialah tidak membenarkan sesiapa keluar dari daerah masing-masing.


"Jadi kalau dulu bila ditubuh Air Asia, mereka berani letak tagline now every body can fly. Masa tu usahawan meletakkan satu alternatif yang bagus agar semua orang boleh berjalan ke mana sahaja mereka mahu.


"Tetapi ditakdirkan atas sebab-sebab yang di luar jangka (realiti berubah) every body cannot fly (akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)).


"Saya berjumpa dengan seorang dalam industri ini. Dia kata bandingannya kalau di mana-mana syarikat penerbangan itu ada 90 kapal terbang yang boleh terbang barangkali 18 sahaja.


"Itu satu isyarat dari 90 kapal terbang hanya 20% (yang beroperasi), jadi tenaga pekerja akan berkurang. Sektor ini akan terjejas. Isunya kalau terjejas sektor penerbangan ia macam domino efect (kepada industri lain)," katanya dalam forum 'Membangun Usahawan Semangat Baharu: Mendepani Impak Covid 19' anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.


Menurut beliau, impak ekonomi mungkin lebih buruk daripada yang disangka kerana akan menjejaskan industri perhotelan serta kemasukan pelaburan ke dalam negara.


"Apa yang akan berlaku? Secara arus perdananya kita tahu banyak hotel akan ditutup. Bila hotel ditutup, pelancong kurang, pelabur kurang, matawang jatuh dan orang terpaksa mengharapkan pasaran tempatan untuk survive.


"Dalam masa yang sama ia memberikan kesan yang teruk kerana sektor pekerjaan itu pun berkurangan dengan begitu hebat sekali," katanya.


Selain itu, tambah Dr Shakir, sektor yang terjejas itu pasti menyebabkan industri lain turut menanggung akibat dan merosotkan perkembangan ekonomi negara secara keseluruhan.


"Saya ambil kajian Moody's Investors Service yang berkata sektor penerbangan kehilangan hampir 60% turn over yang mereka hanya dalam masa peringkat pertama PKP. Tiga bulan pertama mereka telah hilang sebanyak itu. Begitu juga dalam sektor yang lain," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page