top of page

Imbuhan RM10 ribu : Melanggar figh aulawiyat , AKSB perlu beri penjelasan



Imbuhan Aidilfitri sebanyak RM10,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) seramai sembilan orang tidak menepati Fiqh Keutamaan sekiranya kewangan itu benar benar diagihkan.


Menurut Naib Yang DiPertua Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kelantan (ABIM Kelantan), Saifulnizam Muhamad, dakwaan pemberian imbuhan sebanyak RM90,000 keseluruhan itu perlu dijelaskan. Sekiranya telah dilakukan, maka katanya hal itu tidak wajar memandangkan sebelum ini AKSB berkata mereka memerlukan suntikan kewangan.


"Kami ABIM Kelantan berpendapat, dakwaan pemberian imbuhan itu tidak menepati konsep Fiqh Aulawiyat (Fiqh Keutamaan) dalam pengurusan agensi Kerajaan Negeri, apatah lagi AKSB sebagai syarikat pembekalan air terawat dalam negeri ini, pernah mengakui bahawa mereka memerlukan suntikan dana besar bagi menyelesaikan isu perbekalan air.


"Seperti laporan Sinar Harian pada 14 Mei 2023 lalu, Pengurus Besar AKSB, Dr Nazmi Ghazali Azmi, menyatakan isu air di negeri Kelantan memerlukan sumber kewangan sebesar RM 5.03 bilion.


"Oleh itu dakwaan pemberian saguhati hari raya kepada ALP AKSB ini tidak menepati Fiqh Aulawiyat kerana pemberian saguhati tersebut seolah olah "mengutamakan sesuatu yang sepatutnya dikemudiankan", sedangkan yang sepatutnya dilakukan ialah "mengutamakan sesuatu yang perlu diberi keutamaan"," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau lagi, pemberian imbuhan itu perlu dijelaskan secara rasmi kerana portal Malaysiakini semalam telah melaporkan Exco Kerjaya Raya, Infrastruktur dan Utiliti Kelantan, Azami Mohd Nor menyatakan perkara tersebut sudah tular, manakala menurut kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata pemberian imbuhan itu sebagai pengamalan biasa, seolah olah mengesahkan dakwaan perkara tersebut berlaku.


"Oleh itu, kami menggesa ALP AKSB memperbetulkan tindakan tersebut dengan membuat kenyataan rasmi berkaitan isu ini segera dan bertanggungjawab kepada isu ini jika benar berlaku," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page