top of page

Imbangi kemajuan teknologi dengan pendidikan karakter, akhlak

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
20 hours ago
1 min read
DS Dr Wan Azizah berucap di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan. Foto kredit: Bernama
DS Dr Wan Azizah berucap di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan. Foto kredit: Bernama

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru generasi muda supaya bijak dan mempunyai keupayaan mengawal penggunaan teknologi.

Menurutnya, kemajuan teknologi hari ini termasuk kecerdasan buatan (AI) wajar diseimbangkan dengan pendidikan karakter dan disiplin supaya masyarakat tidak terperangkap dalam ketagihan teknologi sehingga menjejaskan kesejahteraan kehidupan mereka.


"Jangan kita asyik menatal telefon bimbit sahaja. Kita perlu belajar, tahu bila nak guna dan tahu bagaimana kita nak kawal. Jangan benda itu kawal kita, benda itu jadi ketagihan," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu ketika merasmikan Karnival Pendidikan MADANI ‘Sehari Bersama Rakyat’ di Kompleks Seri Bintang, Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Dr Wan Azizah dalam ucapan sama turut menekankan usaha membentuk insan secara menyeluruh merangkumi aspek akhlak, karakter dan disiplin bagi mendepani kemunculan AI, teknologi deepfake serta penyebaran berita palsu.


"Kemajuan teknologi dinikmati masyarakat hari ini tidak dapat dipisahkan daripada perkembangan ilmu dan pendidikan sejak dahulu, termasuk sumbangan tokoh ilmuwan Islam.


"Sehubungan itu, ibu bapa, guru dan masyarakat diseru berganding bahu memastikan anak-anak menerima pendidikan yang bukan sahaja membina ilmu, malah membentuk akhlak, disiplin dan keupayaan membuat pertimbangan yang baik," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page