top of page

Ilmu jadi benteng elak anak muda terpengaruh fahaman ekstremis – PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2d
  • 1 min read
DS Anwar dalam ucapan di Majlis Perasmian Masjid Jamek Mengkuang Titi, Permatang Pauh
DS Anwar dalam ucapan di Majlis Perasmian Masjid Jamek Mengkuang Titi, Permatang Pauh

Perdana Menteri mahu golongan belia diperkasakan dengan pendidikan, panduan jelas dan kesedaran bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan ideologi ekstremis dikaitkan dengan Daesh.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kekurangan ilmu merupakan antara punca utama masyarakat mudah terpengaruh dengan gerakan seperti itu.


"Semalam (Jumaat) Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan mengenai kemunculan satu kelompok anak muda berusia 18 hingga 19 tahun yang terpengaruh dengan hasutan luar daripada Daesh untuk menubuhkan Islamic State, termasuk diajar cara membuat bom.


"Anak-anak mesti dididik dengan ilmu, penerangan dan kesedaran kerana tanpa asas ilmu itu mereka mudah dipengaruhi.


"Masalah dan konflik di luar negara dibawa masuk ke sini, menyebabkan anak-anak muda kita mudah marah dan terpengaruh dengan fahaman yang salah," katanya dipetik.


Terdahulu beliau hadir merasmikan Majlis Perasmian Masjid Jamek Mengkuang Titi dan Sambutan Nuzul al-Quran 1447H di Permatang Pauh pada Sabtu.


Sementara itu Perdana Menteri menzahirkan rasa bersyukur kerana ancaman seperti itu masih dalam keadaan terkawal, manakala pihak polis pulak cepat menangani anasir itu dari tersebar.


Bagaimanapun beliau mengingatkan rakyat agar tidak mengambil mudah atas nikmat keamanan yang dinikmati.


"Negara kita aman, ekonomi berkembang dan pertumbuhan baik, walaupun masih ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan.


"Sebab itu keamanan dan kepimpinan yang sederhana sangat penting untuk memastikan negara terus maju," ujarnya.


Menerusi ucapannya Perdana Menteri turut menyeru institusi masjid dan sekolah agama terus diperkasakan dengan elemen teknologi maklumat (IT) serta digital bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dan berfikiran kritis.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page