top of page

Iktiraf negara Palestin: Kabinet tandatangan poskad khas kepada SU Agung PBB



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota Kabinet mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima Palestin sebagai negara anggota.


Perdana Menteri berkata Malaysia juga menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis segera dihentikan.


Gesaan itu disampaikan melalui gerakan menandatangani poskad khas oleh Jemaah Menteri pagi ini yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.


Perdana Menteri berkata, poskad khas itu akan diserahkan menerusi Wakil Tetap Malaysia ke PBB.


"Saya berharap suara tulus rakyat Malaysia ini mendapat perhatian serius daripada Guterres.


"Rakyat Malaysia boleh ikut serta dalam Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB dengan membeli poskad ini bermula esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad," kata Anwar dalam hantarannya di Facebook.


Laporan sebelum ini menyebut Perdana Menteri mengulangi pendirian Malaysia mendukung langkah Afrika Selatan mengheret pemimpin Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).


Sehingga kini sudah memasuki lebih 100 hari tentera Israel mengebom dan menyerang rakyat Palestin di Gaza selepas serangan mengejut pejuang Hamas ke atas tentera rejim Zionis yang menduduki tanah Palestin.


Sejak 7 Oktober lalu, Israel telah membunuh seramai 24,100 rakyat tidak berdosa manakala gelombang penentangan terhadap rejim zionis itu menyaksikan siri demonstrasi besar-besaran dilakukan di seluruh dunia.


*Foto kredit: Sadiq Asyraf - PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page