top of page

IKRAM Hulu Selangor anjur program Back To School, ringankan beban B40

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 30 minutes ago
  • 1 min read
Ust Ramle (kiri) menyampaikan bantuan Back To School kepada keluarga B40 yang memerlukan
Ust Ramle (kiri) menyampaikan bantuan Back To School kepada keluarga B40 yang memerlukan

Oleh: ShaifulAnuar Sulaiman


NGO IKRAM Hulu Selangor menganjurkan Program Back To School bagi membantu meringankan beban kewangan golongan B40 menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu, sekali gus menyokong kebajikan dan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.


Program yang berlangsung di Dewan Aula Al-Irsyad, Pejabat IKRAM Hulu Selangor itu mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 80 orang ibu bapa dari sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung hadir menerima bantuan berupa baucar pembelian pakaian sekolah.

80 penerima bantuan IKRAM bersama pimpinan
80 penerima bantuan IKRAM bersama pimpinan

Pengerusi Tetap IKRAM Hulu Selangor, Ustaz Ramle Mey berkata, penganjuran program berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan IKRAM untuk meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya menjelang musim persekolahan.


"Saya bersyukur kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini IKRAM Hulu Selangor konsisten menyalurkan bantuan baucar persekolahan kepada keluarga B40 sebagai sebahagian daripada komitmen kebajikan dan pembangunan masyarakat setempat," katanya ketika menyampaikan baucar persekolahan kepada penerima, semalam.


Dalam ucapan itu juga, beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya memainkan peranan aktif dalam memantau aktiviti anak-anak terutama sepanjang cuti persekolahan.


"Ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak, khususnya sepanjang tempoh cuti persekolahan, supaya masa lapang dimanfaatkan dengan perkara berfaedah," katanya lagi.


Program berkenaan turut diserikan dengan sesi motivasi yang disampaikan oleh aktivis masyarakat dan wakil MyCare Malaysia, Mazli Wan Othman, yang menekankan kepentingan pendidikan, peranan ibu bapa serta nilai keprihatinan sosial dalam membentuk generasi masa hadapan.


IKRAM Hulu Selangor berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan sokongan pelbagai pihak bagi memastikan kebajikan dan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan terus diberi perhatian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page