top of page

Iklan bertema seks: Jangan eksploitasi wanita - Wanita KEADILAN



Wanita KEADILAN sedih melihat sebahagian pengiklan di negara ini mengeksploitasi wanita dalam iklan berunsurkan seks yang menyalahi nilai agama dan adat ketimuran.


Bagi Exco Wanita KEADILAN Pusat, Mahani Abdul Moin, sikap tidak tegas kerajaan 90% Melayu Islam yang mempunyai banyak ulama di dalamnya amat mengecewakan kerana gagal menegur pembuat-pembuat iklan tersebut daripada meneruskan iklan berunsur seks mereka.


Sehubungan itu, Mahani menyokong teguran seorang pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie yang menasihatkan wanita bertudung agar menjaga akhlak dalam mengulas produk-produk yang diiklankan.


"Saya menyokong niat baik beliau supaya wanita secara umumnya tidak terus menerus dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu terutama dalam urusan pengiklanan demi mengaut keuntungan besar.


"Amatlah dikesali jika ada pengusaha-pengusaha produk yang mengguna khidmat model wanita untuk iklan, hanya mementingkan nilai pemasaran semata-mata," katanya.


Menurut Ahli Jawatankuasa Agama dan Rahmatan Sekretariat Pakatan Harapan itu lagi, pada era pemerintahan PH yang lalu kerajaan pusat pernah melancarkan Kempen Hormat Wanita, namun tidak diketahui apakah kerajaan Perikatan Nasional meneruskannya.


"Setiap wanita harus dihargai peranan mereka di mana sahaja dan dalam keadaan apa sekali pun.


"Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) harus lebih bertanggungjawab membuat garis panduan pengiklanan di media elektronik dan internet untuk dipatuhi tanpa kompromi terhadap sebarang tema yang mempergunakan kecantikan fizikal wanita.


"Justeru, Wanita KEADILAN khususnya menyeru semua pihak agar lebih memandang tinggi kehadiran wanita dalam apa jua bidang, tanpa mencalar maruah mereka kerana sifat menghormati wanita adalah juga satu tuntutan ke arah rahmatan lila'lamin," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page