top of page

IKIM ingatkan umat Islam jangan terpengaruh ajaran Ahmadi



Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada Khamis menegaskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) yang kini giat disebarkan secara dalam talian merupakan ajaran sesat.


Ketua Pengarahnya, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, ajaran itu yang turut dikenali sebagai ajaran Ahmad tiada kaitan dengan ajaran Islam.


‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ diketuai oleh individu yang menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al- Sadiq, yang mengakui dirinya ialah Imam al-Mahdi.


"Ajaran sesat ini menjadi popular lebih melalui penstriman langsung di TikTok dan memuat naik video di Youtube , selain mempunyai jumlah penonton yang ramai.


"Kebimbangan tercetus apabila akaun Tiktok tersebut mempunyai lebih 30,000 pengikut (followers) dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi mereka serta dipercayai sedang beroperasi di luar negara," kata Azam.


Agama Ahmad mendakwa pemimpin-pemimpin Imam Mahdi telah muncul masa kini dan menyeru orang ramai agar menjadi pengikut mereka.

Ajaran yang mempercayai penjelmaan semula (reincarnation) itu juga mempercayai bahawa utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa and Nabi Muhammad SAW.


Tegas Mohamed Azam, falsafah ajaran ini bersifat pluralisme agama dan jelas banyak bercanggah dengan ajaran Islam.


Justeru beliau beliau mengingatkan supaya masyarakat Islam tidak diperdaya dengan ajaran ini walaupun kandungannya dilihat banyak memetik ayat- ayat al-Quran dan hadis.


"Mereka yang memahami walaupun sedikit ilmu tentang agama Islam pasti akan menyedari ajaran sesat ini bertentangan dengan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini," tambahnya.


Justeru tambah Mohamed Azam, IKIM akan menggunakan semua platform seperti Radio, TVIKIM dan media sosial untuk membendung ajaran sesat ini selain menyedarkan masyarakat awam betapa bahayanya ajaran sesat ini jika ia terus berleluasa.


Inisiatif lain yang akan diambil adalah penghasilan penulisan oleh para pegawai penyelidik dan para felow yang akan diterbitkan dalam akhbar perdana dan laman web IKIM.


"IKIM memandang serius isu ini dan akan berusaha sehabis baik untuk membendung sebarang penyebaran ajaran sesat di Malaysia," tegasnya.


0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page