top of page

IJN Sabah tanda keprihatinan PM - KEADILAN Sabah



Khabar gembira yang diumum Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Institut Jantung Negara kedua di Sabah disifatkan hadiah paling bermakna Kerajaan MADANI terhadap kebajikan kesihatan rakyat di negeri di bawah bayu itu.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kota Marudu, Sazalye Donol Abdullah, rakyat Sabah amat berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan Khususnya Perdana Menteri kerana memahami kesukaran rakyat untuk terbang ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan jantung.


"Bagi pihak KEADILAN Sabah, kami mengucapkan berterima kasih kepada pengumuman Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana amat memahami keperluan dan juga kepentingan rakyat mendapatkan rawatan serta penjagaan kesihatan jantung di negeri ini.


"Pastinya pemahaman Perdana Menteri tentang keperluan sebuah institut jantung di Sabah selari dengan pengumuman itu kerana ia akan memudahkan pesakit jantung di negeri tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui pada Konvensyen 25 Tahun KEADILAN peringkat Sabah yang disiarkan secara hibrid pada Ahad.


Seorang lagi pemimpin KEADILAN cabang turut mengalu-alukan penubuhan Pusat Jantung Negara di Sabah yang amat diperlukan kerana ia merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negeri ini.


"Saya melihat ia bukan sahaja aspek kesihatan, pendidikan dan sebagainya, pihak Kerajaan MADANI amat memahami dan ini amat kita hargai," kata Ketua Cabang KEADILAN Beaufort, Dikin Musah.


Terdahulu pada Sabtu, Anwar ketika ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu, mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah seraya menjadikan ia pusat rawatan jantung kedua terbesar negara selepas Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.


Anwar berkata, penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Kuala Lumpur.


"Perkhidmatan kardiologi di Hospital Besar Kota Kinabalu (Hospital Queen Elizabeth 2) setakat ini ada klinik pakar, ada makmal kateterisasi invasif dan bukan invasif, ada dewan bedah kardiotorasik, ada tiga pakar dan 120 jururawat terlatih tetapi saya fikir ini tidak mencukupi untuk keperluan rakyat Sabah.


"Maka dengan ini, saya umumkan bertempat di Kompleks Hospital Besar Kota Kinabalu, kemudahan khas iaitu blok khas untuk jantung negara yang disebut sebagai Pusat Jantung Negara Sabah. Dengan ini kita akan tambah segera tiga orang pakar, sokongan terlatih," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page