top of page

IHR: KKM beri jaminan pertahan kedaulatan negara



Kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan menegaskan, perkara itu itu belum dimuktamadkan dan masih dalam rundingan dan tiada apa-apa keputusan diberikan mengenainya oleh pihak kerajaan.


"Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui.


"Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini," katanya sebagai mengulas kebimbangan dan gesaan pelbagai pihak supaya kerajaan membantah WHO CA+ dan pindaan IHR 2005.


Terdahulu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan iaitu tarikh akhir bantahan susulan bimbang ia akan mengancam kedaulatan negara.


Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata Malaysia harus tegas dan wajib menolak pindaan tersebut supaya negara tidak dijajah anasir luar.


Menurutnya, sekiranya usaha itu gagal, WHO boleh mengambilalih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page