top of page

IHR 2005, WHO CA+ tidak jejas kedaulatan negara



Oleh: Abdullah Zaid


Pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005) yang masih dalam proses rundingan dijadikan polemik oleh pihak tertentu seolah olah bakal mengancam kedaulatan negara.


Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, IHR 2005 tidak perlu dibesar besarkan sehingga menimbulkan kegelisahan awam kerana tiada syarat pada perjanjian tersebut yang menghakis Perlembagaan Persekutuan sebagaimana digembar gemburkan beberapa NGO.


Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri telah memberi komitmen untuk mengutamakan kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu dalam soal menyertai sebarang perjanjian di peringkat antarabangsa.


"Bagi saya perjanjian IHR (Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005) kerajaan masih meneliti sebelum buat apa-apa keputusan.


"Selain itu, Dr Zaliha sendiri bertegas untuk tidak berkompromi terhadap mana-mana perjanjian yang boleh mengancam kedaulatan negara.


"Jadi saya gesa mana-mana pihak yang buat dakwaan (tuduhan kerajaan telah meratifikasi) untuk semak semula (tuduhan)," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Kelmarin, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan KKM sedang melakukan libat urus dengan 12 kementerian termasuk agensi bagi meneliti pindaan IHR 2005 dan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+).


Jelasnya, isu pindaan tersebut bukan perkara baharu dan pernah melalui beberapa kali pindaan, selain Malaysia telah menghadiri enam daripada 10 rundingan yang dijalankan setakat ini.


Pada 26 September lalu, dilaporkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah WHO CA+ dan pindaan HR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku pandemik kesihatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page