top of page

Iftar NGO bersama PKORM di Hulu Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 29
  • 1 min read

ree

Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) bersama beberapa NGO kelmarin mengadakan iftar bersama di Hulu Selangor menjelang penutup bulan Ramadan.


Majlis berbuka puasa yang diadakan di Dar Alfatiah, Bukit Beruntung itu menghimpunkan 40 ahli jawatankuasa NGO-NGO bersama pimpinan NGO Ikram Hulu Selangor dan wakil Ahli Majlis dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor.


Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa dalam ucapan tazkirahnya mengingatkan tentang hubungan baik persaudaraan sesama Islam sepanjang Ramadan.


Beliau mengambil contoh saudara-saudara Islam yang berperang di negara Palestin yang kini sedang berjuang dalam keaadaan daif namun kekal bersemangat tinggi dan sanggup mati demi negara dan agama.


Manakala Setiausaha IKRAM Hulu Selangor, Ramle Mey berpesan mengenai bulan Ramadan yang dianggap sebagai satu madrasah ilmu bagi menjadikan umat Islam yang terbaik dari segi amalan dan sikap berkehidupan.


Turut serta dalam majlis tersebut adalah Yang DiPetua IKRAM Hulu Selangor (IKRAM HUSEL), Ir Romzi Ishak, Setiausaha IKRAM Hulu Selangor Amran Sakir, Timbalan Pengerusi NGO Pertubuhan Gerak Ekonomi dan Kebajikan (GEEKOBA), Ramle Mey, Setiausaha Agung PKORM merangkap Pengerusi Persatuan Penjaja PPPKM Bukit Beruntung Shaiful Anuar Sulaiman dan ahli jawatankuasa beberapa NGO lain.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page