top of page

Idea kumpul negeri di bawah SG4 jejas semangat Persekutuan - Azan



Oleh: Abdullah Zaid


Langkah mengumpulkan empat negeri pembangkang Perikatan Nasional (PN) dengan gelaran SG4 (State Government 4) menjejaskan semangat Persekutuan Malaysia.


Apatah lagi, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Azan Ismail bahawa SG4 akan menubuhkan entiti korporat untuk berkongsi hasil daripada keempat empat negeri.


Menurut Azan, perkongsian sumber negeri pembangkang itu bukanlah pemerkasaan ekonomi sebagaimana didakwa tetapi hanya bermotifkan politik kepuakkan.


"Idea mengumpul negeri-negeri di bawah satu kumpulan sebenarnya bercanggah dengan semangat Persekutuan sebab semua negeri-negeri bergabung bawah Federalisme.


"Jadi langkah SG4 jelas cuba mengasingkan keempat empat negeri dengan Persekutuan. Ia jelas membawa kepada perpecahan di antara negeri-negeri di Malaysia," katanya ketika dihubungi.


Kelmarin, kumpulan negeri negeri pembangkang PN mengumumkan penubuhan syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) dengan bekas Presiden Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Ketua Panel Penasihat SG4.


Mahathir dipetik berkata, entiti korporat itu ditubuhkan dengan setiap empat negeri mempunyai ekuiti masing-masing sebanyak 25%.


Katanya menerusi syarikat berkenaan, hasil kekayaan empat negeri dapat dikongsi dan diagihkan sama rata bagi tujuan pembangunan kesemua negeri.


Mengulas lanjut, Azan yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu berkata, idea pengagihan sumber negeri sewajarnya dirujuk kepada duli tuanku sultan di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terlebih dahulu.


Hal itu, katanya, hasil negeri di masih di bawah sultan masing-masing yang memerlukan penelitian serta restu daripada baginda.


"Apa yang lebih janggal keempat-empat negeri mempunyai sultan masing-masing. Saya lihat sebelum keputusan besar ini dibuat adalah lebih baik mendapat restu atau perkenan duli tuanku, tidak boleh diumumkan begitu sahaja.


"Sikap ini boleh dilihat sebagai menderhaka. Apatah lagi kerjasama ini melibatkan perkongsian sumber negeri masing-masing," katanya lagi.


Untuk rekod, syarikat S4G Group dikatakan bakal terlibat dalam infastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan industri; pertanian dan sekuriti makanan; pendidikan dan modal insan; dan sumber pendapatan baru.


Bagaimanapun tidak pula dinyatakan apakah status keanggotaan negeri dalam SG4 itu sekiranya pada pilihanraya akan datang jatuh ke tangan Kerajaan Perpaduan

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page