top of page

Idea Kerajaan Perpaduan bina negara, satukan seramai mungkin pemimpin - Fahmi



Pihak pembangkang terus mempertikaikan jenama Kerajaan Perpaduan sedangkan mereka enggan menyertainya.


Bagi Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, idea kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong mempunyai matlamat untuk menghimpun seberapa banyak pemimpin dalam mentadbir negara bagi mengurangkan suhu pertentangan politik.


Biar pun, katanya, tidak sukses sebagaimana konsep yang pernah diwujudkan di United Kingdom sewaktu Perang Dunia Kedua dahulu, di mana semua parti sama ada Buruh, Konvervatif dan sebagainya bergabung membentuk kerajaan tanpa pembangkang.


"Idea (asal) kerajaan perpaduan ini sedikit berbeza dengan Kerajaan Perpaduan yang kita ada sekarang.


"Apakah Kerajaan Perpaduan itu? Untuk satu padukan rakyat. Pasca PRU 15 sangat perit dan penuh bibit hitam. Kita move on, kita bergerak ke depan dan kita rapatkan saf.


"Jadi penting kita tahu maksud Kerajaan Perpaduan, kerajaan ini adalah projek membina negara. Yang boleh menyatukan seramai mungkin pimpinan, sebab masalah kita besar. Misalnya kerajaan putuskan tarif elektrik tidak naik. Ia kelihatan seperti bukan isu besar, tetapi bila Perdana Menteri sebut jangan bebankan rakyat, kerajaan tanggung (kos kenaikan), ia jumlah yang besar," katanya dalam majlis bersama pengamal media sosial di Subang, malam tadi.


Tambah Fahmi, oleh sebab itu Kerajaan Perpaduan hanya akan mengutamakan isu isu rakyat dan membangunkan negara, bukannya politik


Katanya, arahan utama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua menteri ketika ini adalah mencari jalan mengurangkan kos hidup rakyat.


"Sebab itu saya sebut, saya akan berusaha untuk kurangkan tarif (bayaran) komunikasi. Kalau kita tak dapat semua, kita buat sebahagian. Beri kepada kumpulan yang paling memerlukan.


"Sebab dapatan menunjukkan bahawa 17% anak muda umur 18 - 40 tahun nak isu internet dan ketersambungan diselesaikan. 66% usia 18 - 40 tahun nak isu kos sara hidup ditangani segera. Jadi kita semua ada peranan, mainkan peranan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page