ICU masuk ICU: Pelan Pemulihan Negara Tidak Mungkin Dicapai


Oleh: Sim Tze Tzin & Dr Lee Boon Chye


Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaparkan data kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit ICU sehingga 24 Julai. Data ini penting untuk membantu rakyat dan penggubal dasar menentukan dasar untuk menangani kekurangan kapasiti ICU.


Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mula memaparkan data KKM dalam Github supaya saintis data boleh membantu menganalisis data-data yang dipaparkan. Dengan pemaparan data ICU ini, barulah rakyat sedar tentang keadaan kritikal ICU di hospital awam.


Daripada data yang dipaparkan, kita mendapati kapasiti ICU di banyak negeri dalam keadaan krisis. Boleh dikatakan kapasiti ICU telah masuk ICU. Banyak negeri telah mencecah lebih 100%, sesetengah mencecah 200%. Ini amat mengejutkan.


Pelan Pemulihan Negara


Menurut Pelan Pemulihan Negara (PPN), pihak kerajaan telah menetapkan 3 metrik yang akan dipertimbangkan untuk menentukan jika satu negeri tersebut akan bertransisi dari satu fasa PPN ke satu fasa yang lain.


3 metrik yang akan dipertimbangkan adalah purata kes harian, kapasiti dalam ICU, dan kadar vaksinasi. Sebagai contoh, satu negeri yang ingin transisi dari Fasa 1 ke Fasa 2 haruslah mencapai purata kes harian kurang daripada 12 per 100,000 populasi, sistem kesihatan awam tidak kritikal dengan kapasiti ICU pada kadar sederhana, dan kadar vaksinasi penuh yang sekurang-kurangnya 10%. Untuk ke Fasa 3 dan 4, purata kes dan kapasiti ICU haruslah lebih rendah dan kadar vaksinasi haruslah lebih tinggi berbanding kondisi yang dicontohkan.


Melihat situasi di Malaysia setakat hari ini, jelas ternyata bahawa Malaysia tidak akan boleh mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan seperti gambaran yang diberi oleh kerajaan. Memang, kadar vaksinasi yang disasarkan berkemungkinan besar boleh dicapai, tetapi 2 lagi metrik tersebut tidak boleh dicapai oleh kerana kegagalan kerajaan PN dalam melaksanakan tugas dengan efisien. 2 masalah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan adalah:


Meningkatkan kapasiti ICU di hospital awam


Ternyata dengan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sehingga mencecah 17,000 kes sehari, kapasiti ICU di hospital awam telah dibebankan dengan lebih banyak pesakit untuk dirawat.


Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan PN apabila isu ini timbul?


Mereka tidak mengambil langkah awal untuk meningkatkan kapasiti ICU, terutamanya dengan kuasa yang diberi kepada mereka di bawah Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 2021.


Pegawai-pegawai kami telah menggunakan data mentah yang diberi oleh KKM di github dan membuat graf tentang situasi ICU di setiap negeri di Malaysia dari 9 Mei 2021 hingga 24 Julai 2021 dan telah membuat konklusi bahawa kerajaan PN tidak mengendahkan situasi ICU di beberapa negeri walaupun kapasitinya dibebankan dengan jumlah pesakit yang melebihi kapasiti maksimum.


Antara negeri tersebut adalah Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Untuk meningkatkan kapasiti ICU, bukan jumlah katil sahaja yang harus ditingkatkan malah jumlah jururawat ICU, dan doktor juga haruslah ditingkatkan di mana pihak kerajaan haruslah mencari avenue untuk mencari jalan, tetapi mereka gagal.


Memahami situasi yang dihadapi, kerajaan bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif untuk menyediakan lebih kapasiti ICU.


Purata kes harian


Dengan jumlah kes yang mencecah 1 juta dan kes harian pada tahap 17 ribu sehari. Mencapai metrik 4,000 kes sehari untuk transisi fasa adalah tidak masuk akal.


Ternyata walaupun kadar vaksinasi cepat dan tinggi dapat dicapai, tidak semestinya jumlah kes harian akan menurun dengan begitu banyak.


Adakah kerajaan akan mengubah metrik yang diumumkan dalam PPN?


Oleh itu, ternyata Pelan Pemulihan Negara hanyalah lagi satu “Colossal Failure” oleh kerajaan dalam mengawal Covid-19 dan memulihkan negara. Kerajaan gagal untuk mengeluarkan pelan yang efisien dan munasabah sekali lagi.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru dan Ahli Parlimen Gopeng

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER