top of page

IC Design Park 2 bukti komitmen Selangor jadi hab semikonduktor - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 18 minutes ago
  • 1 min read
MB Selangor, DS Amirudin (tiga dari kanan) menyaksikan pameran bersama PM DS Anwar selepas majlis pelancaran hab semikonduktor, Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Cyberjaya, semalam
MB Selangor, DS Amirudin (tiga dari kanan) menyaksikan pameran bersama PM DS Anwar selepas majlis pelancaran hab semikonduktor, Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Cyberjaya, semalam

Pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Cyberjaya menandakan satu lagi langkah besar dalam memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab semikonduktor utama negara.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembangunan fasa kedua ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem semikonduktor, malah membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menyokong aspirasi di bawah Belanjawan MADANI 2026 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).


"Melalui inisiatif seperti ARM Compute Subsystem (CSS), ARM Flexible Access (AFA) dan ARM Design Token, usaha ini membuka jalan kepada pembangunan cip tempatan pertama menjelang 2027 atau 2028.


"Pelaburan ini turut melengkapi strategi nasional yang menumpukan pelaburan strategik bernilai tinggi termasuk semikonduktor, AI dan digital," katanya menerusi perkongsian di Facebook.


Majlis perasmian Fasiliti IC Design Park 2 disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis sekaligus sebagai kesinambungan kejayaan fasiliti pertama di Puchong yang dilancarkan pada Ogos 2024.


IC Design Park 2 turut menempatkan Pusat Ujian Cip Termaju dan kemudahan latihan ASEM, yang disokong oleh rakan global seperti Arm, Synopsys, dan AWS. Melalui program National Semiconductor Excellence Program (NSEP) dan Global Semiconductor Exchange Program (GSEP), lebih 300 pelajar akan mendapat latihan bersama syarikat utama dunia seperti AMD dan Intel.

"Usaha ini mencerminkan sinergi kukuh antara dasar nasional dan negeri dalam memperkukuh rantaian nilai semikonduktor, menjadikan Selangor bukan sekadar nadi ekonomi negara, tetapi peneraju masa depan teknologi Malaysia," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page