top of page

Ibunda kepada Menteri Pendidikan meninggal dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 16, 2024
  • 1 min read


Ibunda kepada Menteri Pendidikan, Dr Siti Zalikhah Md Nor (balu Allahyarham Datuk Dr. Siddiq Fadzil) telah kembali ke rahmatullah pada 9.30 pagi tadi.


Satu kenyataan Kementerian pendidikan memaklumkan jenazah ibu kepada Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek itu kini berada di Hospital Serdang dan dalam pengurusan jenazah untuk dikebumikan.


"Sesungguhnya, Allahyarhamah seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya.


"Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada YB Fadhlina Sidek dan keluarga atas kehilangan ini. Semoga tabah dalam menghadapi ketentuan Ilahi ini


"Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh," menurut kenyataan itu.


Kenyataan lain pula menyebut jenazah Almarhumah akan diuruskan serta disembahyangkan di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Kajang selepas Solat Zohor hari ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page