top of page

Ibu ucap terima kasih PM selesai kes anak diperangkap sindiket cari kerja di Myanmar



Kes dua remaja Malaysia yang diperangkap oleh sindiket mencari pekerjaan di Myanmar dan dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini telah berjaya diselesaikan dengan pantas.


Sehubungan itu, Setiausaha Agung Malaysia International Humanitarian Organisation, Datuk Hishamuddin Hashim semalam berterima kasih kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kedutaan Malaysia di Thailand kerana berusaha menemukan dua remaja tersebut yang sebelum ini telah diusahakan bantuan oleh NGO berkenaan melalui pelbagai cara.

Datuk Hishamuddin (kiri) bersama salah seorang ibu

"Hari ini kita berada di pejabat PM di Putrajaya. Alhamdulilah video kita selama ini, yang mana kita meminta bantuan daripada PM Malaysia berhubung kes dua ibu bersama saya, yang anak mereka telah diperangkap di Myanmar dan ditipu oleh sindiket mencari pekerjaan palsu, dan kita telah merayu PM Malaysia ke 10 Datuk Seri Anwar untuk membantu anak anak dua ibu ini, dan video tersebut telah sampai ke Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Pihak Datuk Seri Anwar telah memanggil kita untuk berjumpa dengan Setiausaha Politik, tuan Farhan (gambar atas) dan dalam perjumpaan tersebut kita telah menyatakan isu di mana anak anak ini telah ditipu oleh agen dan dibawa ke Myanmar. Di sana mereka dipaksa menjadi scammer, diminta menipu orang dan jika tidak dapat target mereka dihukum, dipukul, tak diberi makan dan lain lain lagi," katanya.


Tambah Hishamuddin, dengan bantuan semua pihak, termasuk pihak polis akhirnya kedua dua remaja tersebut berjaya diselamatkan dan dalam urusan untuk dibawa pulang ke tanah air.


Manakala seorang ibu (gambar atas kanan) kepada remaja berkenaan yang tidak mahu dikenali mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia terutama Pejabat Perdana Menteri yang mengambil tindakan segera ke atas masalah mereka.


"Saya ibu kepada remaja yang hilang berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua NGO yang terlibat membantu anak kami pulang ke Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page