top of page

Ibu bapa perlu tegas pantau aktiviti media sosial anak – Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 17
  • 1 min read
ree

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru ibu bapa agar lebih tegas dan berperanan aktif dalam memantau penggunaan media sosial serta permainan dalam talian anak-anak.


Berucap dalam satu acara di Putrajaya pada Khamis, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) itu menegaskan, pemantauan berterusan amat diperlukan bagi memastikan generasi muda tidak terjebak dengan pengaruh negatif di platform digital.


"Kita baru sahaja dikejutkan dengan beberapa kes yang melibatkan pelajar sekolah. Kes rogol dan rakamannya disebarkan serta kes bunuh, yang mangsa ditikam berkali-kali oleh pelakunya.


"Awasi dunia digital anak-anak kita. Berikan perhatian dan bimbingan kerana pengaruh media sosial kini semakin membimbangkan," katanya dipetik.


Dr Wan Azizah sebelumnya melancarkan Program Pensijilan dan PsyQiQ Plus Open University Malaysia (OUM) dihadiri Naib Canselor OUM, Profesor Dr. Ahmad Izanee Awang.

Dalam pada itu, Wan Azizah menekankan keperluan memperkukuh perkhidmatan sokongan psikososial yang mudah diakses dan responsif bagi menangani isu kesihatan mental rakyat.


Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), hampir 30 peratus rakyat dewasa mengalami simptom tekanan, keresahan atau kemurungan pada tahun 2023.


"Kita mahu supaya bantuan kesihatan mental boleh diakses dengan cepat dan mudah. Isu ini memerlukan pendekatan yang lebih spesifik, dengan kemahiran yang unik dan latihan-latihan daripada badan-badan yang sah," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page