top of page

Ibnor Riza, Fauziah Samad terima sumbangan PM Anwar

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 3, 2023
1 min read


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyampaikan sumbangan kepada penyanyi popular Ibnor Riza, dan pelakon, Fauziah Samad.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya Anwar berkata, sumbangan kepada kedua-dua insan seni tanah air itu yang dilanda musibah kesihatan disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.


"Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor dan saudari Fauziah dilanda musibah kesihatan.


"Hari ini Ahmad Farhan Fauzi telah mewakili saya untuk menziarahi mereka.


"Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan perubatan masing-masing," katanya.

Ibnor Riza pada Februari lalu telah disahkan menghidap kanser limfoma dan memerlukan kira-kira RM30,000 untuk dua sesi kemoterapi di sebuah hospital swasta.


Menurut laporan media, jika rawatan itu tidak berjaya, bapa kepada dua cahaya mata itu perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi dengan anggaran kos sebanyak RM200,000.


Manakala Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga menyebabkannya terpaksa berkerusi roda.


Anwar melalui hantaran sama turut menitipkan doa agar kedua-dua mereka dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian penyakit.

1 Comment


Yusof Yusoma
Yusof Yusoma
Nov 03, 2023

1- HARGA TELO TAK TURUN LAGI OOIIIII....

2-HARGA AYAM DARI 6.90 NAIK 7.90

SEKARANG DAH JADI 9.40 PERSON HOIII...

HANG KERAJAAN BUAT APA.....

3- BERAS MANA HOI.....

HARGA NAIK GILA BABI........

HARAP TUKAR MENTERI PERTANIAN YANG BODOH TU...


CARI LAH YANG CERDIK SIKIT...


Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page