top of page

Ibadah korban latih semangat pengorbanan, ketakwaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 17, 2024
  • 1 min read

ree

Ibadah korban yang dijalankan umat Islam hari ini perlu dijadikan kekuatan menjana semangat pengorbanan dan ketakwaan sebagaimana ditunjukkan dalam peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Ismail a.s.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha.


"Sempena Menyambut Hari Raya Haji yang mulia ini, Marilah kita bersama-sama merenungkan makna erti pengorbanan dan kesetiaan Nabi Ibrahim AS. Semoga kita mampu meneladani semangat pengorbanan beliau dalam kehidupan kita.


Sebagai umat Islam yang patuh dan taat kepada Allah s.w.t. dan segala perintahnya kita akan menjalankan kewajipan ibadah korban dengan melakukan penyembelihan seperti yang disunatkan oleh agama kita.


Zahirnya korban pada yang mampu untuk membuat penyembelihan agar dagingnya dapat diagih-agihkan kepada golongan fakir dan miskin yang tidak berkemampuan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page