top of page

Hutang isi rumah: Kenaikan gaji bukan penyelesaian tuntas masalah

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Mar 21, 2024
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Peningkatan hutang isi rumah yang begitu tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak boleh diimbangi dengan kenaikan gaji semata mata sebagaimana diperkatakan beberapa penganalisis ekonomi.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob peningkatan hutang isi rumah berjumlah RM1.53 trilion tersebut perlu dicari kaedah menanganinya secara lebih komprehensif.


"Jumlah hutang isi rumah yang begitu tinggi menyumbang kepada penurunan kuasa beli rakyat ditambah pula dengan cabaran ekonomi global serta cabaran bagi meningkatkan produktiviti negara.


"Kenaikkan gaji semata-mata tidak mampu menangani isu kenaikkan kos sara hidup.

"Justeru itu semua pihak harus berperanan dan juga melihat kepada keseluruhan faktor yang menyumbang kepada masalah ini," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas Nadhir, pengurusan hutang di peringkat mikro perlu menjadi salah satu keutamaan kerajaan bagi membantu meningkatkan literasi pengurusan hutang yang bijak dan mapan.


"Agensi kerajaan seperti AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) harus aktif dan diperkasakan sebagai salah satu instrumen intervensi kepada masyarakat


"Literasi kewangan dan pengurusan yang baik dalam kalangan masyarakat mampu untuk membantu mengurangkan hutang isi rumah," ujarnya lagi.


Semalam dalam jawapan bertulis Parlimen, Kementerian Kewangan memaklumkan hutang isi rumah secara agregat pada tahun lepas adalah berjumlah RM1.53 trilion.


Jelasnya, hutang tersebut merangkumi pinjaman perumahan (60.5 peratus), diikuti pinjaman kenderaan (13.2 peratus) dan pembiayaan peribadi (12.6 peratus).


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page