Hutan Simpan Kuala Langat Utara diwartakan sebelum Aidilfitri



Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang telah dinyahwartakan sebelum ini oleh Kerajaan Negeri Selangor akan diwartakan semula sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, perwartaan itu selari dengan desakan rakyat dan NGO alam sekitar yang mahukan lebih banyak kawasan hijau dikekalkan di Selangor.


Kata Amirudin, 97% daripada kawasan akan diwartakan semula sebagai hutan simpan dan baki 3% lagi untuk perkampungan Orang Asli.


"Beberapa ratus ekar lagi akan digunakan untuk membina perkampungan Orang Asli," katanya dipetik.


Keputusan menyahwarta sebahagian daripada HSKLU tahun lalu mendapat bantahan daripada rakyat dan NGO yang memperjuangkan alam sekitar.


Mereka tidak menerima hujah Kerajaan Negeri bahawa sebahagian dari HSKLU bukan lagi hutan asal dan tidak perlu dikekalkan sebagai hutan simpan


Bagaimanapun, Kerajaan Negeri kemudiannya bersetuju menerima gesaan agar HSKLU diwartakan semula demi memperbanyakkan kawasan hijau di Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER