Hutan Simpan Kuala Langat: MB Selangor diminta beri penjelasan esok


Isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) pada bulan Mei lalu masih belum dimaklumkan kepada parti secara rasmi.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihak kepimpinan utama parti masih tidak mendapat makluman secara rasmi daripada Menteri Besar Selangor berhubung isu tersebut yang hangat dibincangkan dalam sidang Dewan Negeri, semalam.


"Saya meneliti laporan dan aduan berkenaan tindakan Kerajaan Selangor yang telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara pada bulan Mei yang lalu.


"Saya juga turut mengambil maklum Dewan Undangan Negeri Selangor telah menolak cadangan tersebut.


"Ingin ditegaskan keputusan yang dibuat ini masih belum dimaklumkan kepada pimpinan parti," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, beliau akan meminta MB Selangor memberi penjelasan secara rasmi mengenai isu penyahwartaan tersebut pada pertemuan bersama pimpinan parti esok.


"Malah pimpinan KEADILAN sejak tahun lalu telah memaklumkan kepada Menteri Besar untuk membatalkan perkara itu.


"Menteri Besar telah diminta untuk memberi penjelasan terperinci berhubung perkara ini dalam pertemuan bersama pimpinan parti esok," katanya lagi.


Semalam sidang Dewan Negeri Selangor agak kecoh mengenai isu penyahwartaan seluas 536.7 hektar HSKLU yang ditimbulkan oleh wakil-wakil rakyat kerajaan.


Bagaimanapun Exco yang berkenaan menjawab bahawa keluasan hutan yang dinyahwarta tersebut akan diganti dengan mengazetkan beberapa kawasan lain di negeri Selangor yang mempunyai muka bumi dan bio-diversiti hampir sama sebagai hutan simpan baharu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER