top of page

Hukuman Najib dikurangkan separuh, bebas Ogos 2028



Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan telah mengambil keputusan mengurangkan separuh daripada hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.


Keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 bersidang pada 29 Januari lalu.


Urusetia lembaga itu dalam kenyataan berkata bekas Perdana Menteri itu dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dengan denda yang perlu dibayar sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.


"Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar," kata kenyataan itu hari ini.


Kenyataan itu berkata sekiranya denda tersebut tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau pada 23 Ogos 2029.


Terdahulu kenyataan tersebut berkata sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Keputusan itu dibuat sehari sebelum baginda menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari lalu.


Najib sebelum ini disabitkan bersalah atas 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta di atas kesalahan tersebut.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page