top of page

'Hukum pihak yang paksakan PRN' - Syed Ibrahim



Rakyat Johor wajib menghukum pihak yang tamak kuasa memaksakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.


Katanya, seharusnya pada waktu ini usaha dilakukan untuk memperbaiki kehidupan rakyat pasca pendemik Covid 19 dan bukan dibazir dalam kempen pilihan raya.


"Sebagaimana disebut dalam pelbagai program, kita sebut PRN ini dipaksakan kepada rakyat. Kita tidak perlukan PRN, kerana ini gila kuasa. Untuk memantapkan kuasa, bukan memainkan peranan mewakili negeri Johor untuk membela nasib rakyat yang sukar dalam keadaan pandemik.


"Sepatutnya ini menjadi tumpuan, bukan dapatkan kuasa, bertanding dan sebagainya. Saya sedih sebab kita tak dapat tumpu tenaga sepenuhnya bantu rkayat.


"Namun DUN sudah dibubarkan. Kita masuk, kita lawan dan mengajak rakyat bersama kita menghukum pihak yang memanggil pilihan raya dipaksakan ini," katanya.


Menyifatkan bukan mudah untuk membuat keputusan memilih calon, Ahli Parlimen Ledang itu menjelaskan, keputusan yang dibuat mengambil kira semua pertimbangan terutama daripada akar umbi, dari Cabang, Wanita, Angtakan Muda KEADILAN dan individu.


"Saya hormat Datuk Seri Presiden yang nak pasikan proses ini berlaku. Tetapi bila berlaku (keputusan) kita perlu bersabar dan berlapang dada.


"Objektif kita memastikan kita boleh menang dalam PRN Johor. Saya harap akar umbi beri sokongan padu kepada calon calon yang dipilih untuk PRN ini. Demi parti, demi rakyat," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page