Hukum Forex Halal dan Haram
- Suara Keadilan

- Sep 18, 2025
- 2 min read

Oleh: Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
ULASAN: Ketika banyak pihak mencari jalan untuk menambah pendapatan ramai yang terperangkap dengan penipuan dan meletakkan hukum agama ke tepi demi keuntungan.
Persoalan hukum halal haram amat diutamakan dalam Islam bagi memastikan keuntungan dan hasil itu halal.
Persoalan sama ada perdagangan mata wang asing atau forex adalah haram atau halal sering dibincangkan, terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Jawapannya bergantung kepada jenis forex yang dilakukan serta pandangan ulama dan badan berautoriti seperti Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia serta badan ulama antarabangsa.
Hukum forex berdasarkan fatwa
Berikut rujukan yang saya perolehi untuk panduan berkaitan hukum forex berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia iaitu haram hukumnya perdagangan forex secara individu melalui platform atas talian (retail forex).
Majlis Fatwa Kebangsaan (Malaysia) pada tahun 2012 telah memutuskan bahawa perdagangan mata wang asing secara individu melalui internet adalah haram atas sebab-sebab berikut:
Melibatkan unsur riba – apabila ada bayaran ‘swap’ (faedah bermalam).
Gharar (ketidaktentuan) – harga tidak jelas, penyerahan (serah terima) tidak berlaku secara spot.
Spekulasi atau judi – tiada tujuan sebenar untuk membeli mata wang; hanya untuk mendapat untung dari turun naik harga. Sumber rujukan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Halal pula dalam keadaan tertentu. Forex boleh menjadi halal jika:
Dilakukan secara spot trading (serah terima serta-merta dalam tempoh 2 hari).
Tiada unsur riba (contoh: tiada swap, tiada faedah).
Transaksi berlaku antara pihak yang benar-benar memiliki mata wang tersebut (tidak melibatkan margin/leverage tinggi atau pinjaman).
Contohnya, bank pengurup wang iaitu syarikat korporat yang berdagang mata wang secara sah dan fizikal – biasanya dibenarkan. Juga platform patuh syariah yang disahkan oleh penasihat syariah.
Jangan hanya kejar keuntungan
Semoga ia serba sedikit memberi panduan dan berhati hati dengan pendapat atau fatwa dari mereka yang tidak berkelayakan memberi pendapat walau di gelar ustaz.
Kebanyakan ustaz yang menghalalkan terus perniagaan forex ini mereka sendiri terlibat dengan urusniaga tersebut demi keuntungan. Maka berhati hatilah.




Visitor Oyster Card is an informational website that explains how international visitors can get and use a Visitor Oyster Card to pay for travel on London’s public transport, including how to order the card, top up credit, check fares and balance, and use it across the Tube, buses, trams, DLR, and London Overground.
Police Clearance Online Appointment is a system that lets applicants book, manage, and confirm police clearance visits online, saving time and avoiding long queues at police stations.
National Police Clearance is an official document issued by the police confirming that a person has no criminal record or pending cases, and is often required for jobs, visas, travel, or other legal purposes.
Very informative explanation on forex and its rulings. You can also try free image extender to improve your visuals.
Sometimes reading conversations like this makes you laugh at how much we all overthink—like asking photo uncrop and secretly hoping someone else will say it for us.