Hujan lebat berterusan, penduduk Selangor dinasihat berwaspada



Hujan lebat yang dijangka akan berterusan sehingga esok di Selangor mewajarkan seluruh penduduk di kawasan rendah berjaga jaga sekiranya kediaman mereka dinaikki air.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan sangat lebat akan berterusan di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta negeri seperti Perak, Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Oleh yang demikian, katanya, beliau menasihati penduduk di kawasan-kawasan yang berisiko banjir untuk mematuhi nasihat pasukan keselamatan serta bersiapsiaga sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir.


"Ini adalah untuk melindungi keselamatan anda dan keluarga dalam waktu kritikal ini. Elakkan daripada keluar rumah jika tiada keperluan mendesak. Jauhi dari tempat yang dinaiki air kerana ini boleh menyebabkan renjatan elektrik ataupun panahan petir.


"Kerajaan Negeri akan membuat segala yang termampu mengikut kapasiti untuk memastikan bantuan tiba kepada mangsa yang amat memerlukan pada waktu yang kritikal ini.


"Ikuti maklumat mengenai situasi serta pemakluman terkini di laman media sosial rasmi saya di Twitter, Facebook serta Instagram," katanya.


MB juga berkata, sebanyak 134 pintu air terpaksa ditutup akibat kejadian air pasang yang menyebabkan tidak selamat untuk dibuka bagi mengelakkan air daripada melimpah keluar ke kawasan-kawasan perumahan penduduk yang berdekatan kunci air.


Tambahan kepada itu, katanya sebanyak 93 pam beroperasi secara penuh untuk mempercepatkan aliran air ke sistem perparitan sungai bagi mengawal kejadian banjir yang sedang berlaku di lima daerah di Selangor.


Bagi rakyat Selangor yang memerlukan bantuan maka boleh menghubungi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor di talian 03-50350920, ataupun nombor-nombor yang tertera di bawah:


Majlis Perbandaran Klang - 03-3374 8845

Majlis Bandaraya Shah Alam - 03-5522 2787

Majlis Perbandaran Kuala Langat - 03-31822566

Hospital Tengku Ampuan Rahimah - 03-3323 9478

Pejabat Kesihatan Daerah Klang - 03-3323 9554

PDRM Klang Selatan - 03-3372 2222

PDRM Klang Utara - 03-3291 3344

Jabatan Kebajikan Masyarakat - 03-3341 3703

Jabatan Kerja Raya - 03-3371 4040

Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor - 03-3371 2464

Angkatan Pertahanan Awam - 03-3371 0820

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER