top of page

Hujan di Parlimen Pulai, peratusan keluar mengundi rendah hanya 7%


Oleh: Abdullah Zaid


Hujan renyai dan keadaan mendung di kebanyakan lokasi pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai pada pagi ini memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi.


Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Seri Melati mendapati suasana agak lengang dengan kehadiran para pengundi yang amat kurang akibat cuaca buruk.


Setakat jam 10 pagi, trafik masih berjalan lancar di pusat pengundian di Parlimen Pulai.


Bagaimanapun, kelihatan anggota keselamatan mengawal kenderaan dengan baik dan memberi keutamaan kepada pengundi golongan tua untuk memudahkan mereka masuk ke pusat pengundian.


Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiyatt bagi kerusi tersebut, telah tiba sekitar 8.30 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


Turut kelihatan, kenderaan membawa pengundi ke pusat pengundian yang disediakan parti mengambil dan menurunkan pengundi.


Menurut laporan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 47 pusat pengundian dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang bagi PRK Pulai melibatkan seramai 165,509 pengundi.


Bagaimanapun, angka keluar mengundi setakat jam 9 pagi di parlimen Pulai yang dikeluarkan oleh SPR hanya pada tahap 7%. Manakala di DUN Simpang Jeram pula 9%. jauh daripada angka keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum lalu pada waktu awal pagi.


Calon Harapan (PH) Suhaizan Kaiyat berdepan saingan tiga penjuru dengan menentang calon PN, Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai dan calon Bebas, Samsuddin Mohd Fauzi.


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang serentak dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan penyandang kedua-dua kerusi terbabit, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page