top of page

Hubungan PH - parti pembangkang akan dibawa dalam mesyuarat - Anwar



Kontroversi sama ada perlu ditubuhkan Grand Coalition untuk semua parti-parti pembangkang akan dibawa ke dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) yang akan datang.


Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak timbul sebarang perselisihan di antara pimpinan PH berhubung kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu baru-baru ini berhubung penyatuan pembangkang dan masa hadapan gabungan PH.


"Itu mereka (pimpinan DAP dan Amanah) telah jelaskan kepada saya dan mereka akan bawa dalam mesyuarat. Move on. Kit Siang pun sudah jelaskan


"PH boleh undang yang lain (parti pembangkang) dan kita akan bawa dalam mesyuarat," katanya menjawab soalan wartawan sebaik selesai perjumpaan bersama pimpinan KEADILAN Kedah, petang ini.


Ditanya mengenai mungkinkah PH akan menukar Ketua Pembangkang, Anwar berkata hal itu hanya disuarakan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, yang bukan anggota PH.


"Belum ada cadang pun (dalam kalangan PH). Selain pada dia, (Shafie) tidak ada rakan PH yang membincangkan perubahan. Bagaimanapun boleh kita bincangkan dalam mesyuarat," katanya.


Mengulas mengenai perletakkan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Larry Sng Wei Shien, Presiden KEADILAN itu berkata, tidak berlaku pergolakan dalam kepimpinan di Sarawak sebagaimana spekulasi pemerhati politik.


"Tidak ada kemelut. Dia cadang kalau boleh, kerana (Sarawak) majoriti Dayak, pimpinan harus Dayak tetapi diminta dalam mesyuarat biar dia (Larry) teruskan dulu. Dalam hari ini atau esok saya akan bincang dengan beliau.


"Larry memikirkan untuk menghadapi pilihan raya negeri mungkin perlu ketua dari kalangan Dayak. Saya kata serah kepada negeri. Kalau mereka nak ketua Dayak maka kita letak ketua Dayak. Tetapi dalam mesyuarat MPP diminta Larry teruskan buat sementara waktu," katanya lagi.


Perjumpaan bersama pimpinan KEADILAN Kedah menurut Anwar, membincangkan mengenai persiapan jentera pilihan raya negeri untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum mengejut.


Perbincangan juga tertumpu kepada belajar dari pengalaman sebagai pembangkang dan kerajaan selama 22 bulan lalu, terutama kegagalan untuk melaksanakan agenda menolak rasuah dan beberapa perkara untuk membela nasib rakyat.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page