top of page

Hubungan Malaysia - Indonesia rumit: Perlu diplomat lebih bijaksana daripada Tajudin - Sim



Hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dan Indonesia bukan sahaja amat penting tetapi juga rumit menyentuh beberapa isu serantau.


Oleh itu, menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman untuk jawatan Duta Besar Ke Indonesia adalah amat tidak sesuai.


Katanya, Malaysia memerlukan diplomat yang lebih berpengalaman hubungan dua hala bagi menggalas tanggungjawab berkenaan.


"Sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hal Ehwal Antarabangsa saya kecewa dengan pelantikan YB Tajuddin Abd Rahman sebagai Duta Besar ke Indonesia.


"Hubungan dengan Indonesia merupakan salah satu agenda utama hubungan luar negara bagi Malaysia. Malaysia tidak mampu menimbulkan ketegangan antara kedua-dua negara.


"Terdapat banyak isu pedih dalam kalangan negara serantau seperti wilayah yang menjadi pertikaian, Zon Ekonomi Eksklusif, Layanan terhadap buruh asing, persaingan untuk import eksport dan persaingan mendapatkan Pelaburan Langsung Asing. Diplomat yang mahir diperlukan untuk menyelesaikan isu ini.


"Rakyat Malaysia telah melihat prestasi YB Tajuddin di Parlimen dan beliau menangani krisis MRT. Adakah dia pilihan yang tepat untuk jawatan penting ini?" tanyanya.


Selain itu, menurut Pengarah Strategi KEADILAN berkenaan, perlantikan Tajudin juga boleh dianggap lantikan politik terkini pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Katanya, Tajudin tidak wajar diangkat sebagai duta besar sekiranya bukan kerana lantikan politik berdasarkan prestasi kontroversi beliau mengetuai MRT Corp sebelum ini.


"Lantikan politik sering gagal untuk menegakkan profesionalisme institusi. Pemecatan Tajuddin daripada MRT Corp adalah contoh bahaya lantikan politik.


"Selepas bertemu dengan ramai pegawai Wisma Putra, saya yakin terdapat ramai lagi diplomat berkebolehan dan berpengalaman yang boleh menangani hubungan dua hala yang mencabar antara kedua-dua negara.


"Walaupun saya menghormati perlantikan Yang di-Pertuan Agong, tetapi adalah hak Perdana Menteri untuk mengemukakan namanya. Oleh itu, kita mesti mempertanggungjawabkan Kerajaan semasa di atas pilihan mereka terhadap calon," katanya lagi.


Sim mahu Ismail Sabri menjawab kepada rakyat Malaysia mengapakah beliau setuju untuk memilih Tajudin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page