top of page

Hubungan dua hala Malaysia - Iran diperkukuhkan - PMX


Oleh: Abdullah Zaid


Selepas bertemu dengan rakan sejawatnya, Presiden Turkiye Reccep Tayyib Erdogan, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi di New York hari ini.


Menerusi pertemuan itu, Anwar menyatakan hasrat kepada Seyed Ebrahim bahawa Malaysia akan terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran dalam pelbagai bidang demi manfaat kedua-dua negara.


"Dalam pertemuan ini, saya nyatakan hasrat Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu," katanya menerusi catatan di Facebook.


PM kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.


Tambah Anwar, dalam pertemuan itu Malaysia turut mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) dan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Ekonomi (JEC) antara kedua-dua negara bagi menghalusi semua potensi skop kerjasama.


"Semoga hubungan Malaysia dan Iran akan terus diperkukuh demi manfaat bersama, InshaAllah," kata Perdana Menteri.


Dalam pada itu, esok, PM dijangka menyampaikan khutbah solat Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).


Penghormatan itu adalah julung kali bagi pemimpin negara luar untuk menyampaikan khutbah di masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995, yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page